http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











Penerima Anugerah Bintang daripada TYT Sabah 2018.



KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan mendahului senarai 75 penerima darjah kebesaran, bintang serta pingat sempena Hari Jadi Rasmi ke-65 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, diikuti Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah.

Dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada Sabtu, tiga menteri persekutuan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammad Ketapi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Aziz Jamman.

Turut menerima anugarah sama adalah jemaah Kabinet Negeri iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Wong Hong Jun @ Junz Wong, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan  Menteri Belia dan Sukan Datuk Poon Ming Fung @ Frankie Fung.
Sementara itu, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong juga menerima SPDK.
Senarai yang lain terdiri daripada Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Zaleha Rose Datuk Pandin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Pengarah Pendakwaraya Negeri Datuk Duncan Sikodol, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Datu Rosmadi Sulai, Pegawai Kemajuan Negeri Datuk Ruji Ubi, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Zakaria dan Setiausaha Polis Malaysia Datuk Mazli Mazlan.
Turut menerima SPDK, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani yang akan bersara dan mantan Panglima Briged Kelima Infrantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin yang bertukar ke Kementerian Pertahanan Malaysia.
Penerima lain terdiri daripada Datuk Abu Bakar Latip, Datuk Mohamad Said Hinayat, Datuk Mashor Mohd Jaini, Datuk Musa Sulaiman, Datuk Yusof Abd Abbas, Datuk Dr Sotimin Muhalip, Datuk Janice Lim Fung Ha, Datuk Kaim Kalimin @ Karimin, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Datuk Pak Chee Eng, Datuk Yusoff Md Said dan Datuk Alexander Decena.
Selain itu, Tun Juhar mengurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada tiga penerima iaitu Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Jakariya Ab Jalil, Timbalan Pendaftar Pentadbiran Mahkamah Tinggi Elsie Primus dan Fredie Sua @ Freedy Gerald Suah.
Istiadat pengurniaan disusuli 16 penerima darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Sains dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Daud Yusof, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Janie Lasimbang, dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarsin Taib.
Manakala, 20 penerima lain menerima darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) terdiri daripada Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksmana Pertama Adam Aziz, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Semporna Ghulam Rasul @ Sarail Hapil dan Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia Tumble Ngadiran @Tomblow.
Hadir sama pada istiadat berkenaan adalah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib, jemaah Kabinet Negeri dan para tetamu jemputan khas.
Untuk rekod, seramai 1,158 individu yang telah mencurahkan bakti kepada Kerajaan Negeri tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran negeri yang masing-masing menerima SPDK (dua orang), PGDK (65 orang), ASDK (119 orang), ADK (252), Bintang Setia Kinabalu (BSK) 234 orang, Bintang Kinabalu (BK) 333 dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) 141 orang.-Penerangan.

Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2018/10/06/hashim-paijan-dahului-senarai-penerima

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker