http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











Maklumat Mengenai Vaksin Covid 19 - Comirnaty ( Pfizer-Biontech ) / Comirnaty Pfizer -BioNTech Information.

Good Evening, here is the information about the vaccine of Covid -19. I was being injected with the Comirnaty Vaccine ( Pfizer-BioNTech ) this morning and I felt a little bit uncomfortable with my left arm. Within 30 minutes of rest, the uncomfortable feeling vanished. Hopefully, there will be no more bad effects after this. Thanks to KKM / Ministery Of Health (Malaysia) for providing this vaccine and to the Malaysian Government for doing this immunization program. 

Received 1st Dose of Comirnaty (Pfizer-BioNTech) Vaccine on 20 June 2021. The second Dose will be on 11 July 2021.


My Advice: Don't afraid to take the Vaccine yaa.. God Speed.


Dikemaskini pada 23 Februari 2021 / Can be translated into English or anyother languages. ( Click the coloured phrases) 

MAKLUMAT VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (KELUARAN SYARIKAT PFIZER-BIONTECH) BAGI PENERIMA VAKSIN APA ITU COVID-19? 

Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami adalah: • demam atau menggigil; • batuk; • sesak nafas; • keletihan; • sakit otot atau badan; • sakit kepala; • kehilangan deria rasa atau bau; • sakit tekak; • kesesakan atau hidung berair; • loya atau muntah; atau • cirit-birit.

 SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19? Golongan berisiko adalah: • Kanak-kanak • Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas • Pesakit dengan penyakit kronik • Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah • Wanita hamil

 APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19? Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi. 

 JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA? Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu: • Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech • Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka • Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac • Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran CanSino • Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya 

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)? 

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak menerima vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech). Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya. 

 SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)? Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) sekiranya anda mempunyai: • Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis selepas menerima dos pertama vaksin mRNA seperti vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech); Nota: Reaksi alahan dianggap teruk sekiranya individu tersebut perlu diberi rawatan di hospital • Reaksi alahan kepada sebarang kandungan vaksin mRNA COVID-19 walaupun tidak teruk (reaksi alahan yang berlaku dalam tempoh 4 jam selepas menerima suntikan vaksin mRNA COVID-19). Individu yang mengalami reaksi ini setelah menerima dos pertama vaksin mRNA COVID-19, tidak akan diberikan dos kedua; atau • Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis setelah mengambil sebarang ubat atau makanan atau kepada bahan yang tidak diketahui. 

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19? Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan. 

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19? Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi. 

ADAKAH VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH) SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA? 

Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021 untuk penggunaannya di Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan Vaksin COVID19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19 dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan Kebenaran (EUA). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020. Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah, Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.

APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZERBIONTECH)?

Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda: • mempunyai sejarah alahan yang teruk; • mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya; • sedang dalam rawatan ubatan pencair darah; • sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan; • sedang mengandung atau merancang untuk hamil; • sedang menyusukan bayi; atau • telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk menentukan kesesuaian untuk menerima vaksin COVID-19. 

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19? 

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu: 1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit. 2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID-19: • Kesukaran bernafas • Pembengkakan muka, bibir dan tekak • Denyutan jantung yang sangat cepat • Ruam teruk timbul di seluruh badan • Merasa pening dan lemah tubuh badan 3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19. 4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)? Vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA, lipid, gula, garam. Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4- hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)- 2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic sodium phosphate dihydrate, and sucrose.

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH) DIBERIKAN? Vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3) minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang daripada jangkitan COVID-19. 

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)? 

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded Place (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui. 

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)? 

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut: • sakit di tempat suntikan; • penat (tiredness); • sakit kepala; • sakit otot; • menggigil; • sakit sendi; • demam; • pembengkakan di tempat suntikan; • kemerahan di tempat suntikan; • loya; • merasa tidak sihat; • pembengkakan kelenjar limfa; dan • kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa. Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 (Pfizer-BioNTech) boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech). 

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN? 

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan boleh berlaku. 

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN VAKSIN? • Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran • Anda juga boleh melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti: • https://www.vaksincovid.gov.my/ • https://npra.gov.my/ • WHO: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/covid-19- vaccines • CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/index.html

Adapted Articles/Information from Government Articles. 

Fasa Pemulihan Bagi Mencegah Covid-19 Virus Berbahaya di Zaman Moden


Hello and Good Morning. Wow, it's been ages that I didn't update my blog. Sorry guys... 
How are you all? Do you all okay or not? I hope you are always fine beside your family and safe from the deadly modern virus " Covid-19 ".

For the past 2 years.. it was an upside-down of our daily routine and miserable!!! Keep calm guys..

Sungguh sedih.. ramai yang meninggal dan terkena jangkit virus. Saya berharap dan is menjadi harapan kita semua, supaya Covid 19 dapat dihilangkan dan kita semua terhindar daripada virus berbahaya ini. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah ternbaik dan kita hampir berjaya pada tahun lalu tapi disebabkan ketamakan kuasa politik, pesakit Covid-19 menigkat seperti gunung kinabalu tingginya.. Aduiii.. tapi apa kan daya kita cuma rakyat biasa sahaja... 

Tapi apa-apapun, diharapan kerjaan akan berusaha keras dalam 2-3 bulan ini untuk membendung virus tersebut daripada merebak. Dengan adanya program imunasasi negara, diharap juga vaksin untuk mencegah Virus ini dapat diberikan kepada rakyat Malaysia secepat mungkin.  

I believe that all the effort conducted by the government will bring good deed to the people of Malaysia. Stay Safe, Stay Home and register for Covid-19 Vaccine... 




 

Posted By:
Harry George
Owner Of Tamparulisabah.com

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker