Salam dan selamat sejahtera kepada pelawat blog ni. Sebelum ni aku ada buat entri mengenai
facelift untuk kereta model baru keluaran Perodua iaitu Myvi D54T. Dalam entri tu cuma gambar yang di screenshot dari berita utama TV3.
Kali ini aku nak share dengan korang mengenai
gambar Perodua Myvi Elegance. Generasi Perodua Myvi yang kedua ni telah dilancarkan semalam bagi menggantikan model generasi pertama yang telah diberhentikan pengeluaran sejak April lalu. Terdapat tiga varian dalam barisan Perodua Myvi 2011 iaitu Standard, Premium dan Elegance.
Harga Myvi Elegance
Disenaraikan di bawah adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru untuk transmisi manual dan automatik bagi harga tahun 2011 mengikut variasi Standard, Premium dan juga Elegance:
- RM44,926.00 (M) Standard
- RM47,726.00 (M) Premium
- RM54,908.00 (M) Elegance
- RM47,926.00 (A) Standard
- RM50,726.00 (A) Premium
- RM57,908.00 (A) Elegance
Perodua Myvi Elegance
Bagi Myvi Elegance terdapat warna
Mystical Purple,
Ebony Black dan
Ivory White sahaja. Di bawah terdapat gambar dalaman dan luaran Perodua Myvi Elegance untuk ditonton.
Gambar Luaran Myvi Elegance.
Gambar Dalaman Myvi Elegance
Kredit kepada
Beliamuda.