http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











AJL TV3 - 2011

|

Anugerah Juara Lagu TV3 2011

Congratulation to Anna Raffali who crowned as the Champion for AJL TV3 last night. There is 20 song being contested last night the the winner for the Anugerah Juara Lagu TV3 title " Tolong Ingatkan Aku". Wow it really enjoyable show that I was watched yesterday. For those who not success, try again soon. The representative from Sabah is Stacy Anam and Adira from Kg Kibbas Ranau Sabah. 

For more details about this story please refer to the below story:
In Bahasa Melayu - Please Translate if you do not understand it. Thanks


More Story About Ana Raffali.

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah melayu sepenuhnya. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010. Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Single

"Hujan Bunga di Kuala Lumpur" (2009)
"Tolong Ingatkan Aku" (2010)
"Kalau Berpacaran" - duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet (2010)

Sejarah dan latar belakang

Pada asasnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.

Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan banyaknya apabila memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu. Walau bagaimanapun, ketika tahun 2004, kategori dihapuskan bagi membolehkan semua lagu bertanding secara adil dan saksama.

Bagaimanapun, tahun demi tahun, perubahan tetap dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu".

Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM; Sri Pentas Dua; Dewan Bandaraya Shah Alam; Dewan Merdeka, PWTC; dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.

Pengacara

Anugerah Juara Lagu pernah diacarakan oleh pelbagai hos terkemuka tempatan dan luar. Pengacara-pengacara tersebut adakala digandingkan juga dengan hos kecil lain. Kebanyakan pengacara Anugerah Juara Lagu juga adalah hos bagi rancangan Muzik-Muzik.

1986: Abas Bakar & Habsah
1987: Karim Muhammad & Noorkumalasari
1988: N.D. Lala & Charmine Agustine
1989: Azwan Ali & Charmine Agustine
1990: Azwan Ali & Charmine Agustine
1991: Azwan Ali, Melissa Saila, & Intan Rozila
1992: Azwan Ali & Rina Khan
1993: Azwan Ali, Aznil Nawawi, & Fauziah Ahmad Daud
1994: Azwan Ali & Amy Mastura
1995: Azwan Ali, Shamsul Ghau-Ghau, & Fauziah Ahmad Daud
1996: Salih Yaacob & Fauziah Ahmad Daud
1997: Shamsul Ghau-Ghau & Anne Hamid
1998: Shamsul Ghau-Ghau & Anne Hamid
1999: Kelvin Ong & Normala Shamsuddin
2000: Aidil Abd. Ghafar & Zalina Azman
2001: Aidil Abd. Ghafar & Zalina Azman
2002: Intan Suraya & Ary Malik
2003: Aznil Nawawi & Sarimah Ibrahim
2004: Cheryl Samad, Sarimah Ibrahim, & Najip Ali
2005: Cheryl Samad, Ally Iskandar, Farah Fauzana, Amy Mastura & Ezlynn
2006: Cheryl Samad, Ally Iskandar & Farah Fauzana
2007: Cheryl Samad, Ally Iskandar, Farah Fauzana & Faizal Ismail
2008: Cheryl Samad, Ally Iskandar & Faizal Ismail
2009: Cheryl Samad, Ally Iskandar & Faizal Ismail
2010: Cheryl Samad, Ally Iskandar & Faizal Ismail

1986:
Tajuk: Sekadar di Pinggiran
Artis: Francesca Peter
Gubahan: Manan Ngah
Lirik: Lukhman S.
Album: Sekadar Di Pinggiran (1986)

1987:
Tajuk: Menaruh Harapan
Artis: Zaiton Sameon
Gubahan: A. Ali
Lirik: Habsah Hassan
Album: Menaruh Harapan (1987)
1988:
Tajuk: Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu
Artis: Ramlah Ram
Gubahan: Ahmad Nawab
Lirik: Wielid
Album: Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (1987)

1989:
Tajuk: Isabella
Artis: Kumpulan Search
Gubahan: Kumpulan Search
Lirik: Bob Lokman
Album: Fenomena (1989)

1990:
Tajuk: Janji Manismu
Artis: Aishah
Gubahan: Adam Ahmad
Lirik: Wan Aishah
Album: Aishah (1990)

1991:
Tajuk: Takdir dan Waktu
Artis: Kumpulan Mega
Gubahan: Rahim Othman
Lirik: Juwie
Album: Ilustrasi (1991)

1992:
Tajuk: Pada Syurga di Wajahmu
Artis: Nash
Gubahan: Fauzi Marzuki
Lirik: Bob Lokman
Album: Nash (1992)

1993:
Tajuk: Teratai Layu di Tasik Madu
Artis: Fauziah Latiff
Gubahan: Adam Ahmad
Lirik: S. Amin Shahab
Album: Epilog Memori Gelita (1993)

1994:
Tajuk: Tanya Sama Itu Hud-hud
Artis: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Lirik: M. Nasir
Album: Canggung Mendonan (1993)

1995:
Tajuk: Cinta Beralih Arah
Artis: Aishah
Gubahan: Jari
Lirik: Habsah Hassan
Album: Wajah (1995)

1996:
Tajuk: Jerat Percintaan
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hani M. J.
Album: Siti Nurhaliza (1996)

1997:
Tajuk: Ghazal Untuk Rabiah
Artis: M. Nasir & Jamal Abdillah
Gubahan: M. Nasir
Lirik: S. Amin Shahab
Album: Suratan Kasih (Repacked) (1996)

1998:
Tajuk: Cindai
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Pak Ngah
Lirik: Hairul Anuar Harun
Album: Cindai (1997)

1999:
Tajuk: Andalusia
Artis: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Lirik: Loloq
Album: Terbaik M. Nasir (1998)

2000:
Tajuk: Balqis
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Pak Ngah
Lirik: Hairul Anuar Harun
Album: Sahmura (2000)

2001:
Tajuk: Mimpi Laila
Artis: Yassin
Gubahan: Yassin
Lirik: Yassin
Album: Mimpi Laila (2001)

2002:
Tajuk: Keliru
Artis: Nurul & Ajai
Gubahan: Aidit Alfian
Lirik: Aidit Alfian
Album: Ajai & Nurul (2002)

2003:
Tajuk: Bunga-bunga Cinta
Artis: Misha Omar
Gubahan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Adnan Abu Hassan
Album: Misha (2002)

2004:
Tajuk: Rela Kupujuk
Artis: Kumpulan Spider
Gubahan: Tam
Lirik: Keon
Album: Nazraku (2004)

2005:
Tajuk: Gemilang
Artis: Jaclyn Victor
Gubahan: Aubrey Suwito
Lirik: Asmin Mudin
Album: Gemilang (2004)

2006:
Tajuk: Terlalu Istimewa
Artis: Adibah Noor
Gubahan: Azlan Abu Hassan
Lirik: Adibah Noor
Album: Terlalu Istimewa (2005)

2007:
Tajuk: Itu Kamu
Artis: Estranged
Gubahan: Estranged
Lirik: Richael Lawrence
Album: In Hating Memory (Repacked) (2007)

2008:
Tajuk: Lagu Untukmu
Artis: Meet Uncle Hussain
Gubahan: Taja & Tass
Lirik: Taja, Tass & Lan
Album: KAMI: The Album (2008)

2009:
Tajuk: Pergi
Artis: Aizat
Gubahan: Pete Teo
Lirik: Pete Teo & Amran Omar
Album: Runut bunyi filem Talentime (2009)

2010:
Tajuk: Tolong Ingatkan Aku
Artis: Ana Raffali
Gubahan: Ana Rafalli
Lirik: Ana Rafalli
Album: Ketika Aku Kecil (2010)


Petunjuk:
Tajuk = Tajuk lagu
Gubah = Pencipta/Penggubah lagu
Lirik = Penulis lirik
Artis = Penyanyi
Album = Album yang menerbitkan lagu tersebut


Persembahan Terbaik

1986: Allleycats (Sampaikan Salam Cintaku)
1987: Sudirman Haji Arshad (Merisik Khabar)
1988: Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu)
1989: Kumpulan Search (Isabella)
1990: Kumpulan Wings (Sejati)
1991: Shima (Setelah Aku Kau Miliki)
1992: Tidak dipertandingkan
1993: Fauziah Latiff (Teratai Layu di Tasik Madu)
1994: M.Nasir (Tanya Sama Itu Hud-hud)
1995: Aishah (Cinta Beralih Arah)
1996: Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan)
1997: Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu)
1998: Noraniza Idris (Dikir Puteri)
1999: Noraniza Idris (Dondang Dendang)
2000: Noraniza Idris (Ngajat Tampi)
2001: Siti Nurhaliza (Ya Maulai) 70% juri / 30 % SMS
2002: Siti Nurhaliza (Nirmala)
2003: Siti Nurhaliza (Ku Milikmu)
2004: Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
2005: Mawi (Aduh Saliha) 50% juri / 50% SMS
2006: Hazami (Mungkir Bahagia)
2007: Mawi (Angan Dan Sedar) 50% juri / 50% SMS
2008: Faizal Tahir (Sampai Syurga)
2009: Aizat (Kau Aku)
2010: Faizal Tahir (Hanyut)
[sunting]Lirik Terbaik
1986: Sekadar di Pinggiran (Lukhman S.)
1987: Menaruh Harapan (Habsah Hassan)
1988: Cukuplah Sekali (Habsah Hassan)
1989: Isabella (Bob Lokman)
1990: Suci Dalam Debu (S. Amin Shahab)
1991: Tiara (M. Nasir)
1992: Pada Syurga Di Wajahmu (S. Amin Shahab)

Mulai tahun 1993, kategori ini tidak dipertandingkan secara berasingan tetapi dikira sekali dalam penciptaan sebuah lagu.

Vokal Terbaik

Kategori ini mula dipertandingkan pada tahun 2002 iaitu pada Anugerah Juara Lagu ke-17

2002: Liza Hanim - "Gelisah Mimpi"
2003: Misha Omar - "Bunga-bunga Cinta"
2004: Misha Omar - "Pulangkan"
2005: Hazami - "Kata"
2006: Adibah Noor - "Terlalu Istimewa"
2007: Jaclyn Victor dan Lah Ahmad - "Ceritera Cinta"
2008: Faizal Tahir - "Sampai Syurga"
2009: Black - "Aku Rindu Sayang Kamu"
2010: Hafiz - "Noktah Cinta"

Trivia

Kemenangan dan penyertaan berganda
M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1997), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997) dan "Andalusia" (1999). Tiga artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Andalusia" pada tahun 1999, Yassin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, dan Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010.Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif. Datuk Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).

23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
17 trofi telah beliau menangi
5 Trofi Persembahan Terbaik
9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
3 Trofi Juara Lagu
8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. 
(1998-2002)

4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007) Misha Omar merupakan satu-satunya peserta (sehingga 2010) yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada dua kali menerusi penyertaannya pada tahun 2003 dan 2004.
Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu adalah:

1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-hud"
1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
Artis yang menang lebih daripada 2 anugerah pada satu Anugerah Juara Lagu:
1989 - Search - Persembahan Terbaik, Lirik Terbaik (Bob Lokman) & Juara Lagu "Isabella"
1993 - Fauziah Latiff - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada, Juara Lagu "Teratai Layu Di Tasik Madu"
1994 - M. Nasir - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Pop/Rock, Juara Lagu bagi lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif bagi lagu "Bonda"
1995 - Aishah - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Cinta Beralih Arah"
1996 - Siti Nurhaliza - Persembahan Terbaik, Juara Katefori Balada & Juara Lagu "Jerat Percintaan"
2000 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Etnik Kreatif & Juara Lagu bagi lagu "Balqis" & Juara Kategori Balada bagi lagu "Kau Kekasihku"
2003 - Misha Omar - Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Bunga-Bunga Cinta"
2006 - Adibah Noor - Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Terlalu Istimewa"
2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:

Anugerah Juara Lagu 2000:
Siti Nurhaliza - Kategori Balada - "Kau Kekasihku" & "Nian di Hati"
Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - "Tinting" & "Ngajat Tampi"
Amy Mastura - Kategori Pop Rock - "Bintang Hati & Sha Na Na"
Anugerah Juara Lagu 2005:
Jaclyn Victor - Kategori Balada - "Gemilang & Wajah"
Anugerah Juara Lagu 2007:
Faizal Tahir - Kategori Balada - "Kasih Tercipta& Mahakarya Cinta"
Anugerah Juara Lagu 2008:
Faizal Tahir - Kategori Balada - "Sampai Syurga & Cuba"
Anugerah Juara Lagu 2010:
Faizal Tahir - "Hanyut & Selamat Malam"
Kumpulan Exist merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan:
1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
2002 - "Julia" dengan vokalis Ezzad.
2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezzad.
Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).
[sunting]Penyertaan lebih tiga kali tetapi gagal
Kumpulan Exist - 4 Kali (1992,1994,2002,2003)
Anuar Zain - 3 Kali (1998,2003,2004)
Erra Fazira - 3 Kali (1999,2000,2004)
Syura - 3 kali (2002,2004,2006)

Penyertaan bukan Melayu dan luar negara. Penyanyi bukan Melayu yang pernah berentap ke peringkat akhir AJL adalah Alleycats (1986, 1987), Ben Nathan (1988), Francesca Peter (1986, 1987, 1988), Casey (1995), Vince (2004), Jaclyn Victor (2005, 2007) dan Rich (2007, 2008).
Endang Es Taurina, seorang penyanyi Indonesia, merupakan satu-satunya penyanyi luar negara yang pernah bertanding di peringkat akhir Juara Lagu melalui lagu "Sangkar Emas" ciptaan A. Ali dan Lukhman S. pada tahun 1990.
M. Nasir mula bertanding dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu "Mustika". Sebelum itu, banyak lagu M. Nasir yang dinyanyikan secara berkumpulan ataupun solo tidak dapat bertanding kerana status kerakyatan Singapura beliau. Beliau juga satu-satunya penggubah lagu yang menyanyikan lagunya sendiri dalam ketiga-tiga kategori berasingan, solo mahupun berduet.
Lagu "Puteri Ledang" nyanyian Lina Kamsan pada tahun 1993 dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Jawa.

Penyertaan bukan penyanyi asal

Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhri Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Terdapat beberapa lagu yang layak ke peringkat akhir AJL tetapi tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal yang antaranya adalah:
1986 - "Perjalananku" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Azman Abu Hassan
1986 - "Cinta yang Terbiar" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Rohana Jalil
1987 - "Angan-angan" - Penyanyi asal Raja Ema - Dinyanyikan Kumpulan Skyfire
1994 - "Bukan Aku Tak Cinta" - Penyanyi asal Kumpulan Iklim - Dinyanyikan Adilla
1995 - "Kau dan Aku" - Penyanyi asal Ning Baizura - Dinyanyikan Kumpulan Kool
1995 - "Cinta Dangdut" - Penyanyi asal Hayati Tasrip - Dinyanyikan Masleena
2006 - "Candak" - Penyanyi asal Syura - Dinyanyikan Siti Nordiana
2006 - "Hantaran Hati" - Penyanyi asal Rosiah Chik - Dinyanyikan Aspalela Abdullah (duet bersama Bob)
2007 - "Izinku Pergi" - Penyanyi asal Kaer - Dinyanyikan Sahri
2007 - "Mahakarya Cinta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Fiq
2007 - "Kasih Tercipta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Bob
2007 - "Ceritera Cinta" - Penyanyi asal Jaclyn Victor & Rio Febrian - Dinyanyikan Jaclyn Victor & Lah Ahmad
2008 - "Doa Dalam Lagu" - Penyanyi asal Mawi & Heliza - Dinyanyikan oleh Zahid & Heliza
Lagu "Rayuanku" nyanyian Rohana Jalil sebenarnya dicipta khas untuk Zaiton Sameon. Bahkan, semua lagu dalam album Rayuanku sememangnya dicipta oleh A. Ali untuk Zaiton Sameon.

Persembahan

Aznil Nawawi bersama kumpulan yang digelar "The Gambit" pernah mengembalikan imbauan AJL dalam persembahan selingan AJL ke-10 dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar!
Terdapat dua persembahan selingan yang mara ke Juara Lagu tahun berikutnya:
"Siti Payung" - Liza Aziz (1992): selingan 1991 (bertemakan Irama Malaysia)
"Dir" - Rahim Maarof (1993): selingan 1992 (sempena memperingati pemergian Allahyarham Sudirman)
Persembahan Aishah sentiasa menampakkan kelainan pada setiap kali penyertaan. Kail pertama ialah lagu "Janji Manismu" dengan prop sebuah beg memaparkan Aishah ingin pergi jauh. Kedua pula, bagi lagu "Cinta Beralih Arah", Aishah menari dengan "phantom" setelah cintanya dicurangi manakala "Kasihnya Balqis", Aishah membawa dua orang anak lelaki beliau sambil bercerita tentang Balqis sebelum waktu tidur.
Sebelum 1990, semua artis wanita solo yang menyanyikan lagu balada menyanyikan lagu tersebut berseorangan tanpa "prop". Aishah telah menerajui persembahan bersama prop menerusi lagu "Janji Manismu" yang beliau telah menggunakan meja, lampu, gambar dan beg besar. Shima pula menjadi artis pertama yang dijulang ketika membuat persembahan menerusi lagu "Setelah Aku Kau Miliki" pada tahun 1991. Selepas itu, banyak penyanyi telah mempelbagaikan persembahan mereka sehingga kini.

Lain-lain

Allahyarhamah Rosiah Chik merupakan artis wanita veteran pertama yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu apabila lagu dendangan beliau iaitu "Zapin Senandung Dua" berjaya ke peingkat akhir pada tahun 1995. Lagu nyanyian beliau bersama Bob juga telah berjaya mara ke peringkat akhir pada tahun 2006 yang membolehkan beliau bertanding ke AJL bagi kali kedua. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada awal tahun 2006 yang menyebabkan Aspalela Abdullah menggantikan tempat beliau dan menjadikan Aspalela Abdullah penyanyi wanita veteran kedua yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu selepas Rosiah Chik. Lagu yang dipertandingkan di AJL sebelum tahun 1992 adalah tidak berkategori malah sebelum 1992, lagu yang dibawa ke AJL adalah lagu juara bulanan. Misha Omar merupakan salah seorang daripada penyanyi baru yang diberi peluang untuk membuat persembahan di permaidani merah ketika berlangsungnya AJL edisi ke 17. Menariknya, ketika edisi ke 18 Misha pula menyertai AJL seterusnya menjuarai pada tahun tersebut. Tidak semua artis yang membuat dua persembahan mendapat perhatian juri untuk dinobatkan selaku Juara Lagu atau juara kategori. Antara artis-artis yang mempertaruhkan dua atau lebih persembahan, tetapi gagal mendapat anugerah Juara Lagu atau juara kategori pada tahun itu:

Juara Lagu 1988 - Kumpulan Gersang - Suratan Takdir & Masih Aku Terasa
Juara Lagu 1989 - Kumpulan Wings - Taman Rashidah Utama & Misteri Mimpi Syakilla
Juara Lagu 1990 - Kumpulan Ekamatra - Pusara Lebuhraya & Sentuhan Kecundang
Juara Lagu 1997 - Ziana Zain - Kalau Mencari Teman & Senja Nan Merah
Juara Lagu 2000 - Noraniza Idris - Ngajat Tampi & Ting Ting
Juara Lagu 2001 - Nora - Menyemai Cinta Bersamamu & Desa Tercinta
Juara Lagu 2007 - Faizal Tahir - Kasih Tercipta & Mahakarya Cinta

Story By: Tamparuli Admin
Sources: Wikipedia and TV3
Picture: Ana Raffali



0 comments:

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker