http://casino.us.org Web Informer Button

Affiliate Program


Tamparuli Sabah - A place to visit

Tamparuli Sabah was known as an old town rich with cultural value and fascinating places. The town located in the middle of Tuaran District, 36KM from the main city of Kota Kinabalu, easy to be found and a lot of surprises waiting for the visitors. The visitor will be fascinated with The Extreme Para Gliding Sport, The legendary of “Bukit Perahu”, Hatob-hatob Waterfall, Hanging Bridge and The Old Suspension Bridge Made by the British in the early 50s, The one and only "The Upside House Of Borneo" and Chantek Borneo Gallery if you visit Tamparuli Sabah. ( Please read more inside this website). For local tourist who likes to travel outside Malaysia, you can e-mail to D7tours and Travel Co through Harry.george@gmail.com. For International tourist who wish to visit Sabah The Land Below The Wind, you can e-mail or call to our correspondent travel agency:

______________________________________________________________________________
D7-TRAVEL AND TOURS-Registered Travel and Tours Co
IGNATIUS@ BOP JUANIS
H/p: 016-8121702

______________________________________________________________________________


"Please Subscribe, Likes, Shares and Comments for my Official Youtube Channel" and Continuing support my Vlog.. Stay Safe!!!

Thanks...
Harry George











BR1M Tuaran



TUARAN: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat bukan rasuah atau sogokan seperti yang didakwa pihak pembangkang, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata, bantuan itu lebih kepada sumbangan ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Oleh itu beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang yang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan apa juga kebaikan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN tidak pernah dianggap baik oleh pihak pembangkang, ini termasuklah pemberian BR1M yang kononnya “sogokan” untuk rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

“Semua itu cuma provokasi pihak pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat … kebetulan pemberian BR1M disampaikan ketika di ambang PRU -13 justeru mereka lebih gemar memainkan isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan BR1M, di Dewan Pusat Latihan Rela, Gayang dekat sini, pada Ahad lalu.

Hajiji berkata BR1M diberikan kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, tanpa mengira bangsa atau agama serta ideologi politik.

Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat di kawasan itu supaya memanfaatkan bantuan RM500 untuk menyediakan keperluan keluarga terutamanya anak-anak.

Pada majlis itu lebih 1,000 orang menerima BR1M bagi fasa pertama melibatkan 26 buah kampung daripada lima mukim iaitu kawasan Pantai, Tambalang, Serusop, Indai dan Kindu.

Sementara itu beberapa penerima BR1M yang ditemui berterima kasih kepada kerajaan BN yang begitu prihatin terhadap keperluan rakyat.

Seorang penerima BR1M, Panting Darat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan BN atas pemberian RM500.

“Saya bersyukur kerana di usia emas ini masih lagi menerima bantuan daripada kerajaan dan ia amat menyentuh perasaan saya,” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan itu, Nor Intan Ismail berkata, ia membuktikan kejujuran kerajaan untuk menunaikan janji dengan memberikan bantuan RM500.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan seperti ini khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Sabah Sulaiman Mohd Noor, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Abdul Kassim Razali dan Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Sulaman, Johari Saiman.

Sabah Times: 27 Jan 2012

0 comments:

Related Posts Plugin for Blogger...

My Blog List

Search Engine Promotion Widget
Google Back Link Checker